Mutiara Kata

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini”


December 15, 2010

Untungnya Seorang Wanita..




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan haltersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allahmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlasuntuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpamaorang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yangtakutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) laludiberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakananak Nabi Is mail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allahmemasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadasuaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulanramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah diadari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burungdiudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginyaselama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang danpuasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yangdia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuanatau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikapihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasatakwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripadaanak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlahsesekali kita merasa lemah... Wanitalah sebenarnya yang membuat seseoranglelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

No comments:

Post a Comment